TAMURIA NOSTALGIA - Kenangan Menggamit Jiwa
- feCa yezy
- Dec 19, 2022
- 1 min read
Jika kita kenang semula nostalgia tahun 80-an dan 90-an, tapak bangunan 1 Place Mall ini merupakan bekas tapak tamu lama Putatan yang menjadi pusat perkumpulan penduduk setempat melakukan aktiviti jual beli, keramaian dan perjumpaan setiap hujung minggu.
Pada awal tahun 20-an, tapak ini juga menjadi saksi bahawa ramai artis tempat seperti, Wings, Search, Zamani, Siti Nordiana dan ramai lagi, pernah membuat persembahan di pentas Fun Fair yang bertapak selama lebih sebulan disini.
Pekan Putatan dahulunya sangat terkenal dengan pelbagai aktiviti keramaian. Tapi semenjak pembangunan setempak giat dijalankan, aktiviti kemasyarakatan seperti ni sangat jarang diadakan.
Dengan itu, Disember ini kami bawakan Tamu Ria - Nostalgia, Kenangan Menggamit Jiwa untuk mengulang kembali kenangan manis Tapak Lama Tamu Putatan yang pernah gemilang suatu masa dahulu.
Selain daripada tapak-tapak jualan yang menarik, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program berlangsung seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan makanan etnik dan perayaan, baju beragam, permainan tradisional dan pertandingan karaoke 🎤🎶
InshaAllah banyak hadiah boleh dimenangi dan cabutan bertuah yang boleh kamu bawa balik selain hasil jualan peniaga Tamu Ria.
Set di kalendar kamu k!
✨23hb, 24hb dan 25hb Disember 2022.
✨1 Place Mall, Putatan
✨ 10 pagi hingga 6 petang
Jumpa nanti !





Comments